Monday, 25 March 2024

Korea (Chorea) dirawat melalui kaedah homeopathy & akupuntur

chorea 

Apa itu Korea (Chorea)?

Korea (chorea) adalah gangguan pergerakan yang menyebabkan badan 
bergerak secara tidak sengaja dan tidak menentu. Ia disebabkan oleh 
lebihan aktiviti dopamin sebagai neurotransmiter di kawasan otak yang 
mengawal pergerakan.
Simptom Korea boleh terdiri daripada pergerakan kecil, 
seperti bermain-main benda di tangan, hinggalah ke pergerakan 
lengan dan kaki yang tidak sengaja. Ia juga boleh mengganggu 
pertuturan, menelan, postur, dan berjalan.

Apakah kebarangkalian Korea (Chorea)?

Korea boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur.
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Korea (Chorea)?

Simptom biasa bagi Korea adalah “genggaman memerah susu’.
Walau bagaimanapun, gejala Korea biasanya bergantung kepada 
keadaan yang menyebabkannya. Orang dengan keadaan ini tidak 
mempunyai otot tangan yang kuat dan akan menggenggam dan 
melepaskan tangan mereka, seolah-olah memerah susu. 
Satu lagi simptom ialah menjelirkan lidah dengan tidak sengaja.
Pergerakan Korea boleh menjadi cepat atau perlahan. Seseorang mungkin 
kelihatan sakit dan tidak mempunyai kawalan terhadap tubuh. Keadaan 
yang berkaitan dengan Korea dan simptom-simptomnya termasuklah:
Penyakit Huntington: Penyakit Huntington adalah penyakit yang diwarisi.
Ia menyebabkan penguraian sel saraf di dalam otak anda.
Orang dengan penyakit Huntington boleh mengalami simptom Korea 
seperti menyentap atau menggeliang-geliut dengan tidak sengaja. 
Genggaman memerah susu juga merupakan simptom yang lazim. 
Korea adalah lebih biasa pada orang-orang yang mempunyai 
penyakit Huntington dewasa. Dari masa ke masa, simptom mungkin 
akan menjadi lebih teruk dan pergerakan boleh menjejaskan kaki dan lengan.
Chorea-Acanthocytosis: Keadaan ini adalah gangguan genetik yang 
sangat jarang berlaku. Ia dicirikan oleh sel darah merah yang tersalah bentuk. 
Ia akan menyebabkan keabnormalan neurologi dan mempengaruhi fungsi otak. 
Korea untuk keadaan ini biasanya melibatkan pergerakan lengan dan 
kaki yang tidak normal, mengangkat bahu, dan tolakan pelvis.
 Ia juga boleh melibatkan pergerakan muka yang pantas dan tidak bermakna. 
Orang yang mempunyai bentuk Korea ini juga boleh menunjukkan dystonia
Ini dicirikan oleh pengecutan otot mulut dan muka yang di luar kawalan, seperti:

  • Menggeserkan gigi.
  • Sendawa yang tidak sengaja.
  • Air liur meleleh atau meludah.
  • Menggigit bibir dan lidah.
  • Kesukaran pertuturan atau berkomunikasi.
  • Bunyi-bunyi pendek, seperti mendengus, percakapan tak sengaja,
  • atau ucapan yang tidak jelas.
  • Sydenham’s Chorea: Keadaan ini selalunya mempengaruhi kanak-kanak dan remaja,
    dan susulan dari jangkitan streptococcal. Ia juga mungkin hasil komplikasi dari 
    demam reumatik. Jenis Korea ini amat mempengaruhi wajah, lengan, dan tangan. 
    Ia boleh menghalang pergerakan voluntari, sehingga sukar untuk 
    melakukan tugas-tugas asas seperti berpakaian atau makan dengan sendiri.
    Ia juga boleh menyebabkan:
    • Sering menjatuhkan atau menumpahkan sesuatu.
    • Cara berjalan yang tidak normal.
    • Kelemahan otot.
    • Percakapan yang tidak jelas.
    • Penyusutan otot.
    Orang dengan jenis Korea ini sering mempamerkan posisi tangan 
    memerah susu. Satu lagi simptom biasa dipanggil “lidah harlequin.’ 
    Apabila seseorang yang mempunyai simptom ini cuba menjelirkan 
    lidahnya, ia akan bergerak masuk dan keluar secara berulang.
    Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. 
    Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, 
    sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang 
    disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding 
    dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. 
    Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor 
    tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca

    Apakah punca Korea (Chorea)?

    Korea dikaitkan dengan beberapa sebab tambahan, ada yang 
    sementara dan ada yang kronik. Sebab-sebab ini termasuklah:
    • AIDS;
    • Keadaan genetik, seperti penyakit Huntington.
    • Keadaan imun, seperti lupus eritematosus sistemik (SLE).
    • Keadaan yang berkaitan dengan jangkitan, seperti Korea Sydenham.
    • Ubatan, termasuk levodopa dan neuroleptik.
    • Gangguan metabolik atau endokrin, termasuk hipoglisemia.
    rujukan:-https://hellodoktor.com/masalah-neurologikal/saraf-lain/korea-chorea/
    Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
    yang biasanya diberikan untuk merawat sakit chorea/korea antaranya adalah:-
    DU 20.,LI 11.,SJ.5.,H 7.,LI 4
    ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
    Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-  
    Ignatia,Cuprum Met,Stramonium,Nux Vom,Causticum,Arsenicum Alb
    Ruj : select you remedies
    #homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong

    No comments:

    Post a Comment

    PROMOSI RAWATAN AKUPUNTUR PADA 25/11/2024 ( ISNIN )

      PROMOSI RAWATAN AKUPUNTUR PADA 25/11 / 2024 HARI ISNIN JOM DAPATKAN SEGERA RAWATAN AKUPUNTUR DENGAN SEPARUH HARGA !!!! 1 SESI RAWATAN AKUP...