Tinitus adalah bunyi di dalam telinga yang hadir tanpa rangsangan bunyi luar. Ia boleh didengari di sebelah telinga, kedua-dua belah telinga, atau di dalam kepala. Secara amnya tinitus difahami sebagai desingan, atau dengungan di dalam telinga yang terjadi secara berterusan atau berselang-seli. Tinitus boleh berlaku kepada semua peringkat umur tetapi dianggarkan hanya 0.5% hingga 2% sahaja yang terjejas akibat tinitus. Kebiasaannya ia dialami oleh individu yang mempunyai masalah pendengaran atau masalah berkaitan telinga, namun ia juga boleh dirasai di kalangan individu yang mempunyai pendengaran normal. Punca Tinitus bukan satu penyakit tetapi ia adalah gejala/simptom dari pelbagai penyakit. Ia boleh terjadi pada mana-mana bahagian sistem pendengaran. Walaupun demikian, Punca tinitus yang tepat masih belum dapat difahami sepenuhnya. Faktor yang mungkin menyebabkan tinitus seperti berikut;
- Penyakit pada telinga dalam yang berkaitan dengan masalah pendengaran  serperti penyakit Meniere’s, penuaan dan pendedahan bunyi bising. yang berterusan dan melampau
- Masalah telinga tengahseperti jangkitan kuman, otosclerosis, gegendang berlubang,
- Acoustic neuroma
- Pengambilan ubat yang toksik kepada telinga
- Gangguan kardiovaskular atau saraf
- Trauma yang teruk atau tekanan yang melampau
Penilaian atau pemeriksaan Rawatan untuk penyakit telinga tidak akan melegakan tinnitus sepenuhnya, tetapi penilaian yang sesuai untuk diagnosis adalah penting untuk mengelakkan kesan sampingan akibat tinitus. Di antara penilaian bagi pesakit tinnitus yang dilakukan di Klinik Otorinolaringologi (ORL) dan Audiologi adalah;
- Pengambilan sejarah klinikal termasuklah berkenaan pendengaran dan tinitus,
- Pengambilan sejarah pekerjaan dan keluarga,
- Pengenalpastian masalah berkaitan telinga dan keadaan kesihatan,
- Pemeriksaan telinga,
- Pemeriksaan pendengaran (Pure Tone Audiometry – PTA),
- Penilaian telinga tengah (Tympanometry).
Selain dari itu, beberapa prosedur khas juga turut digunakan untuk mengetahui keadaan tinitus seperti
- Padanan kenyaringan tinnitus (Pitch Matching)
- Padanan kekuatan tinnitus (Loudness Matching)
- Tahap penopengan tinnitus yang minimum (Minimum Masking Level)
- Baki perencatan tinitus ( Residual inhibition)
- Borang soal selidik mengenai tinitus
Melalui kaedah
rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya
diberikan untuk merawat sakit tinnitus
antaranya adalah:-
Du 20.,Sj 21.,Si
19.,GB 2.,Sj.17.
ruj : Clinical
Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
Nat.Sulph,Kali Iod,Kali Sulph,Baryta Mur,Kreosote,Petroleum,Ferrum Met,Veratrum Alb,Ledum Pal
Ruj : select you remedies
No comments:
Post a Comment