Monday 29 April 2024

4 PERKARA YANG PERLU DIMAKLUMKAN SEBELUM RAWATAN


APAKAH MAKLUMAT YANG PERLU DI MAKLUMKAN KEPADA PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI :-
YANG PERTAMA SEANDAINYA ANDA WANITA DAN ANDA MENGANDUNG ANDA PERLU MEMAKLUMKAN KEPADA PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI.
KE-2 SEANDAINYA ANDA MENGGUNAKAN PACEMAKER ATAUPUN PERENTAK JANTUNG ANDA PERLU MEMAKLUMKAN KEPADA PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI.
KE-3 SEANDAINYA ANDA MENGAMBIL UBAT PENCAIRAN DARAH,STEROID ATAU SEBARANG UBAT SEBELUM RAWATAN AKUPUNTUR ANDA PERLU MEMAKLUMKAN KEPADA PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI.
KE-4 SEANDAINYA ANDA ALAHAN KEPADA LOGAM ANDA PERLU MEMAKLUMKAN KEPADA PENGAMAL PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI.
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong

Sunday 28 April 2024

Sakit telinga dirawat melalui Akupuntur

 

Kesakitan Telinga


Pengenalan

Kesakitan telinga biasanya disebabkan masalah samada telinga luar (dari cuping telinga hingga gegendang telinga) atau telinga tengah (di belakang gegendang telinga).
Ianya boleh disebabkan oleh masalah di tekak atau mulut seperti jangkitan pada tekak ( ‘tonsillitis’, ‘pharyngitis’).
Ketumbuhan pada tekak juga boleh menyebabkan kesakitan telinga.

Punca-punca
Berikut disenaraikan sebab-sebab utama kesakitan telinga.

Tahi telinga
Tahi telinga boleh terkumpul di dalam saluran telinga (saluran auditori). Akhirnya ia akan membentuk plak, yang mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan.
Jangkitan pada saluran telinga
Bakteria (‘furunculosis’/bisul) atau jangkitan kulat (‘otomycosis’)

‘Eczema’
‘Eczema’ boleh berlaku pada saluran telinga, menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, bersisik dan gatal. Ini juga boleh menyebabkan jangkitan dan kesakitan.

Keradangan telinga tengah

‘Acute suppurative otitis media
Kesakitan telinga biasanya bermula di dalam telinga. Keradangan telinga tengah ialah punca yang paling kerap dan biasanya (walaupun tidak semestinya) disebabkan jangkitan.

Akibat tekanan yang meningkat pada telinga tengah, gegendang telinga meregang dan bengkak. Ini akan mengurangkan pendengaran dan menyebabkan kesakitan. Faktor yang paling kerap ialah demam selesema.

Tanda dan Gejala

Gejala-gejala berkaitan :

  • Kurang pendengaran
  • Kegatalan
  • Lelehan telinga

Rawatan

  • Tahi telinga termampat boleh dilembutkan dengan minyak zaitun atau sayuran atau ubat titik telinga sodium bicarbonate sebelum dikeluarkan oleh kakitangan perubatan yang terlatih/ENT doktor.
  • Ubat titik telinga ini boleh dibeli di farmasi.
  • ‘Syringing’ iaitu menyembur tahi telinga dengan air suam dan hanya boleh dilakukan oleh kakitangan perubatan yang terlatih sahaja. Amalan ini tidak boleh dilakukan pada telinga yang terkena jangkitan atau gegendang telinga berlubang. Prosedur ini jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan gegendang telinga berlubang, penig, loya dan muntah.
  • Ubat tahan sakit yang ringan seperti ‘paracetamol’ boleh diambil jika sakit menjadi teruk.
  • Jangkitan pada saluran telinga mesti dirawat oleh pakar telinga hidung dan tekak. Ia memerlukan cucian yang sempurna, memasukkan kain yang berubat atau mungkin pembedahan.
  • Ubat titik telinga yang mengandungi ‘corticosteroid’ boleh mengurangkan dan menyembuhkan radangan pada saluran telinga. Ubat Anti-bakteria atau anti-fungus mungkin diperlukan jika terdapat jangkitan. Pil atau suntikan antibiotik boleh digunakan untuk merawat bisul / ‘furuncle’ di dalam saluran telinga. Penyaliran nanah mungkin diperlukan.
  • Kesakitan telinga akut beserta kurang pendengaran dan selesema menandakan jangkitan kuman pada telinga tengah. Keadaan ini memerlukan rawatan awal dengan ubat tahan sakit, antibiotik dan ‘decongestant’. Ini untuk mengelakkan gegendang telinga pecah dan nanah meleleh.

Pencegahan

  • Tahi telinga bergerak secara perlahan ke arah lubang telinga dan terkeluar. Oleh itu pencucian yang berkala adalah tidak perlu. Bagaimanapun, kain boleh digunakan untuk menyapu dengan perlahan pada lubang telinga.
  • Penggunaan putik kapas tidak membantu kerana biasanya ia akan menolak tahi telinga lebih ke dalam, akhirnya membawa mudarat. Oleh kerana saluran telinga sempit di bahagian tengah, tahi telinga membentuk plak yang tidak boleh keluar dengan sendiri. Ia juga menyebabkan berlakunya gegendang telinga berlubang dan jangkitan pada saluran telinga (otitis externa).
  • Pengidap ‘Eczema’ perlu berhati-hati mengorek telinga dengan putik kapas kerana ia akan menyebabkan keadaan lebih teruk.
  • Elakkan daripada menghembus hidung dengan kuat atau berenang / menyelam semasa mengalami selesema. Ini boleh menyebabkan jangkitan telinga tengah (otitis media)
Rujukan :- http://www.myhealth.gov.my/kesakitan-telinga/
MELALUI KAEDAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANNYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT EARS NOISES, ANTARANYA ADALAH : 
ST7.,SJ18,SJ19,SJ20
RUJUKAN : CLINICAL ACUPUNCTURE & MOXIBUSTION ‘’THE CLASSICAL CHINESE MEDICINE’’
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong


ADAKAH AKUPUNTUR SELAMAT???

 

ADAKAH AKUPUNTUR SELAMAT??
SECARA AMNYA AKUPUNTUR ADALAH SELAMAT.
KEJADIAN KESAN SAMPINGAN AKAN MENINGKAT JIKA DILAKUKAN OLEH PENGAMAL YANG TIDAK BERKELAYAKAN.
OLEH ITU ORANG AWAM DINASIHATKAN AGAR MENDAPATKAN PERKHIDMATAN AKUPUNTUR DARI PENGAMAL YANG BERKELAYAKAN SAHAJA.
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong

TERIMA KASIH...SOKONGAN ANDA AMATLAH KAMI HARGAI...

 


#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong

Saturday 27 April 2024

Ekzema dirawat melalui kaedah akupuntur & homeopathy

 

Ekzema

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?

  • Keturunan.
  • Buka alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus.
  • Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
  • Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
    • Infeksi virus.
    • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
    • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Apakah tanda tanda dan gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti:

  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.
Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

  • Ubat pencegah gatal seperti antihistamin.
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat vertigo, antaranya adalah :
K 2., GB 20
Rujukan : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:
Sulphur., Graphites., Kali Bich., Natrum Sulph., Calcarea Carb
Rujukan: Select your remedy.

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong



TESTIMONI DARI PERANTIS TASMIN BATCH 01.2022

    KATA-KATA TESTIMONI PERANTIS TASMIN BATCH 01.2022

“Alhamdulillah setelah tamat kursus di Pusat Homeopathy & Akupuntur, saya dapat bekerja dalam bidang Perkhidmatan Sokongan Penjagaan Kesihatan sehingga sekarang”.  

NUR TASMIN  MOHD NOH
PERKHIDMATAN SOKONGAN PENJAGAAN KESIHATAN
TAHAP 2
PERANTIS PHA PASIR PUTEH 

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong

Friday 26 April 2024

Apakah itu Akupuntur?

Adakah anda tahu?
Apakah itu akupuntur.
Akupuntur adalah terapi yang dikenali ramai dalam perubatan tradisional dan komplementari
akupuntur adalah sati(1) kaedah rawatan yang bermula lebih 3,000 tahun dahulu di China dan di amalkan di seluruh dunia.
Prinsip utama dalam perubatan tradisional Cina adakah bahawa kesihatan dan penyakit terjadi akibat dari ketidakseimabangan antara Yin dan Yang.Yin merujuk kepada aspek feminin hidupan contohnya sejuk,lembut dan lain-lain manakal Yang aspek kelelakian contohnya kerras,dominan,bertenaga,panas,dan lain-lain.pergerakan tenaga yang ini dinamakan QI(chi) dalam saluaran tenaga yang dikenali sebagai meridian yang bergerak dalam pola yang tetap di dalam badan dan juga di permukaan.

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong


Kurap dirawat melalui homeopathy

 

Kurap

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.

Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.
Tiga jenis dermatophyte yang dikenal pasti menyebabkan kurap adalah dari jenis Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton. Selain daripada menjangkiti kulit, kulat-kulat ini juga boleh menjangkiti  kuku dan rambut.
Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan; sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang  objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites). Ia juga boleh berjangkit  secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.
Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas  menggalakkan pertumbuhan dan  jangkitan kurap.
Gejala & Tanda
Apabila diamati dengan mata kasar, kulit yang berkurap mempunyai plak kemerah-merahan yang  bersisik dan kadang-kala terdapat bintik-bintik merah atau bisul-bisul halus di sekelilingnya. Tanpa rawatan, plak ini boleh membesar dan kadang-kala akan membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya.Rupa bentuk  seperti gegelang inilah yang menyebabkan ia juga dikenali sebagai ‘ringworm’  walaupun  sebenarnya  penyakit ini tidak ada kena mengena dengan jangkitan cacing. Kurap boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh termasuklah bahagian  lipatan badan dan kawasan-kawasan yang sering berpeluh dan  tertutup seperti di punggung, peha, perut dan sebagainya.Jangkitan kurap juga boleh dikenal pasti  dengan menggunakan beberapa teknik penyiasatan seperti kaedah skin scraping dan kultur kulat. Untuk melakukan skin scraping, kulit berpenyakit akan dikikis di bahagian sempadannya untuk mendapatkan sisik-sisik kulit.  Bahan yang dikikis akan diletakkan ke dalam titisan  cecair potassium hydroxide  di atas slaid kaca dan terus diamati menerusi mikroskop untuk mengecam  kulat  tersebut.Kulat juga boleh dikenalpasti dengan menghantar bahan kikisan daripada kulit ke makmal dan ia akan dikulturkan di dalam media kultur khas. Selepas beberapa hari, jenis koloni kulat yang tumbuh dapat dikenal pasti.
Komplikasi
Kadang-kala, pengecaman jangkitan kurap tidaklah semudah yang disangka. Masalah ini boleh berlaku kerana kurap boleh menyerupai pelbagai penyakit kulit yang lain seperti psoriasis, discoid eczema, urticaria, Bowen’s disease, kusta, sifilis sekunder dan sebagainya.
Sekiranya kurap telah disapu dengan krim yang mengandungi steroid terlebih dahulu, rupanya boleh berubah dan ini akan menyukarkan proses pengecaman. Kurap seperti ini dipanggil tinea incognito.
Penyakit-penyakit kulit yang boleh menyerupai kurap:
  • Psoriasis
  • Discoid eczema
  • Urticaria
  • Bowen’s disease
  • Leprosy
Rawatan
Penyakit kurap boleh dirawat dengan penggunaan ubat antikulat. Jenis rawatan bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kulit yang dijangkiti, kekerapan jangkitan berulang selepas dirawat, kurap yang tidak sembuh dengan rawatan sapuan krim dan sebagainya. Sekiranya kurap hanya melibatkan kawasan kulit yang terhad, ubat dalam bentuk krim adalah yang paling sesuai. Krim-krim yang mengandungi bahan aktif seperti imidazole, allylamine, tolnaftate dan cicloprox boleh digunakan. Teknik sapuan krim yang betul harus digunakan – ubat perlu disapu di atas plak dan melebihi sempadan kurap. Rawatan perlu dilakukan dua kali sehari selama dua hingga empat minggu, bergantung pada jenis ubat yang digunakan.
Jika terdapat banyak kawasan yang dijangkiti kurap, ubat antikulat dalam bentuk kapsul atau pil adalah pilihan yang lebih praktikal. Di antara ubat antikulat yang kerap digunakan adalah fluconazole, itraconazole dan terbinafine. Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini mempunyai kesan sampingan yang tersendiri. Ia boleh berinteraksi dengan ubat-ubat lain dan mengakibatkan komplikasi terutamanya pada sesetengah individu. Oleh itu, pastikan ubat-ubat ini diperoleh daripada pengamal perubatan yang arif tentang penggunaannya. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli ubat-ubatan tanpa preskripsi terutamanya jika anda juga mengambil ubat-ubat yang lain.
Pencegahan
Rawatan awal dan tepat amat penting untuk mempastikan jangkitan kurap sembuh dan tidak berulang. Walau bagaimanapun, jangkitan ini masih boleh berulang  sekiranya seseorang itu juga mempunyai penyakit kencing manis yang tidak terkawal, mempunyai daya imuniti yang rendah, menerima rawatan kali pertama dengan dos atau jangka masa yang tidak mencukupi dan pelbagai faktor lain. Elakkan daripada berkongsi tuala, pakaian atau kasut dengan orang lain dan pastikan kawasan kulit yang terlibat tidak sentiasa lembap.

Rujukan:- http://www.myhealth.gov.my/tinea-corporis/

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:
Bacillinum., Sepia., Calcarea Carb., Sulphur., Apis Mel.
Rujukan: Select your remedy.

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong



Thursday 25 April 2024

SALAM TAKZIAH DARIPADA PUSAT HOMEOPATHY & AKUPUNTUR

 

KEPADA
SELURUH KELUARGA PERWIRA
Yang Terlibat Dalam Tragedi Nahas Udara DI Pengkalan
Tentera Laut Diraja Malaysia,Lumut
23.04.2024

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong

Wednesday 24 April 2024

Vertigo dirawat melalui akupuntur & homeopathy

 

Apakah Vertigo?

Vertigo adalah sensasi palsu di mana diri sendiri, persekitaran, atau kedua-duanya bergerak atau berpusing, biasanya disertai dengan loya dan hilang keseimbangan.
Vertigo boleh terjadi akibat dari satu keadaan yang menjejaskan telinga dalam atau sebahagian daripada otak manusia yang melibatkan keseimbangan badan.

Apakah punca-punca vertigo?

Ia boleh berpunca daripada punca periferal atau central atau gabungan kedua-duanya sekali.

Punca Periperal:
Vertigo disebabkan oleh gangguan telinga dalam atau sistem vestibular.
Sistem vestibular terdiri daripada semicircular canalsvestibule (Utricle dan saccule) dan saraf vestiburlar.
Punca utama gangguan vestibular periferal adalah disebabkan oleh kondisi Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV), yang melibatkan 32% daripada semua vertigo periferal. Sebab-sebab lain termasuk penyakit Meniere, Labryrinthitis, neuronitis.
Punca central:
Vertigo disebabkan kecederaan pada brainstem atau cerebellum. Punca utama gangguan Vestibular central adalah transience ischaemic attack, vestibular schwannoma / cerebellar tumours, cervical spine disorder, migraine headaches, multiple sclerosis ,disfungsi otak dan sakit kepala migraine

Siapakah mudah terdedah kepada Vertigo?

Vertigo meningkat dengan peningkatan umur dan adalah kira-kira dua hingga tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita berbanding  dengan lelaki.
  • Melibatkan 2.5% daripada penduduk umum (US) (Hain 2009)
  • 1 daripada 5 orang dewasa yang terlibat (Yardley 1998)
  • Gejala yang biasa bagi pesakit yang melebihi 65 tahun (65%)

Apakah tanda dan gejala Vertigo?

  • Rasa berpusing
  • Pening
  • Loya
  • muntah
  • Ketidakseimbangan
  • Penglihatan kabur
  • Sukar berjalan

Apakah diagnosa vertigo yang biasa dirawat oleh Ahli fisioterapi?

  • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)

  • Unilateral Vestibular hypofunction (eg vestibular labrynthitis, neuronitis, meniere’s disease)

  • Bilateral vestibular loss (ubat / ototoxicity, keturunan)

  • Psychogenic vertigo

  • Diagnosis vestibular tidak jelas (post traumatic vertigo, multifactorial disequilibrium of the elderly)

Bagaimana Ahli fisioterapi boleh membantu pesakit Vertigo?

Ahli fisioterapi memainkan peranan yang penting untuk mempercepat pemulihan pesakit yang mengalami vertigo.
Ahli fisioterapi akan menjalankan penilaian untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang dihadapi dan menentukan jenis rawatan yang akan diberi.

Tujuan rawatan fisioterapi adalah terdiri daripada:

  • Mengurangkan pening yang disebabkan pergerakan kepala (Shepard & Telian, 1993)

  • Meningkatkan kestabilan pandangan (Herdman, 2003)

  • Meningkatkan keseimbangan dan fungsi-fungsi berjalan (Krebs et al, 2003)

  • Meningkatkan kecergasan dan daya tahan

  • Mengurangkan risiko jatuh (Hall et al, 2004)

  • Teknik posisi untuk BPPV

  • Meningkatkan tahap aktiviti umum.

Apakah Perawatan Fisioterapi?

Rawatan fisioterapi adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh pesakit.

Rawatan adalah melibatkan latihan :

  • Habituation

  • Penyesuaian

  • Keseimbangan.

  • Gaya berjalan.

  • Kekuatan otot.

  • Fleksibiliti

Lain-lain rawatan adalah :

  • Teknik posisi canalith

  • Pencegahan dari jatuh

  • Pendidikan pesakit

Ahli fisioterapi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca-punca lain yang boleh menyebabkan anda  pening / rasa berpusing dan bagaimana ia boleh dirawat.
Selepas diagnosa ditentukan, selain penilaian pelan rawatan akan dirancang untuk memenuhi matlamat anda. Ahli fisioterapi akan membantu untuk memulihkan ketidakselesaan anda.
Diagnosis yang tepat tentang vertigo akan memberi kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh jangka masa yang pendek.
Rawatan yang boleh diperolehi dalam pemulihan vestibular Fisioterapi
1.Senaman adaptasi vestibular untuk meningkatkan penglihatan dengan pergerakan kepala.
  • Pesakit duduk, melihat objek / sasaran yang tidak bergerak, manakala kepala bergerak dari kanan dan kiri / bergerak ke atas dan ke bawah.
  • Sasaran perlu jelas semasa latihan.
  • Latihan harus bermula secara beransur-ansur, perlahan-lahan meningkatkan kelajuan, jarak sasaran (dekat / jauh), kekerapan dan latar belakang.
2.Senaman Brandt daroff untuk mengurangkan pening.
3.Teknik posisi canalith (Canalith repositioning maneuver) / Epley’s Maneuver untuk mengurangkan pening.
4.Senaman postur kestabilan untuk meningkatkan strategi keseimbangan.

5.Latihan berjalan untuk mengurangkan pening semasa berjalan.

  • Berjalan dalam garis lurus sambil melihat ke kiri dan ke kanan.
  • Berjalan dalam garis lurus sambil melihat ke atas dan ke bawah.
  • Berjalan sambil membaling bola dari sisi ke sisi.
Rujukan:- http://www.myhealth.gov.my/fisioterapi-untuk-vertigo/

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik yang biasanya diberikan untuk merawat vertigo, antaranya adalah :
DU 20, Ex.1,Ex.2.,GB 8.
Rujukan : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:
Chinium,Cocculus,Chenopodium,Graphites,Natrum Sul,Magnesia Carb,Belladonna
Rujukan: Select your remedy.

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong




TESTIMONI DARI PERANTIS QIRAH BATCH 01.2023

    KATA-KATA TESTIMONI PERANTIS QIRAH BATCH 01.2023

"Saya mendapat ilmu pengetahuan baru dan dapat  pengalaman yang amat berguna pada masa depan."

NURUL SYAQIRAH AUNI
PERKHIDMATAN SOKONGAN PENJAGAAN KESIHATAN
TAHAP 2
PERANTIS PHA PASIR PUTEH 

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong

Tuesday 23 April 2024

Tekanan Darah Tinggi /Hipertensi dirawat melalui homeopathy & akupuntur

 

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II menunjukkan prevalens sebanyak 24% untuk penyakit ini.
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75

  • Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
  • Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)

Bacaan Tekanan Darah

Kategori Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg

Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg

Optima

< 120

And < 80

Normal

< 130

< 85

High Normal

130 – 139

85 – 89

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

140 – 159

or 90 – 99

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2

160 – 179

or  100 – 109

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3

?  180

?  110


Hipertensi Sistolik sahaja

Tekanan Darah Systolic(Angka bacaan di atas)mmHg

Tekanan Darah Diastolic(Angka bacaan di bawah)mmHg

Peringkat 1

> 140 – 159

< 90

Peringkat 2

> 160

< 90


Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Di antara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

  • Sebab yang tidak diketahui (90%)
  • Sebab sekunder (10%)
    1. Penyakit buah pinggang
    2. Penyakit sistem endokrin
    3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Di antara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

  • Otak
    • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti :
    • Coronary Heart Disease
    • Congestive Heart Failure
    • Left Ventricular Hypertrophy
  • Komplikasi pada mata
    • Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
    • Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
  • Komplikasi pada buah pinggang
    • Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti
    • Aneurysm
    • Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

  • tanpa menggunakan ubatan
    • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
    • Amalkan permakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
    • Melakukan senaman berkala
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima

  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat.
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Pra Hypertensi

  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1

  • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
  • Jantung
  • Ginjal
  • Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3
  • Rawatan dengan pemberian ubatan
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  • Dapatkan keterangan lanjut dari doktor
Hypertensi sistolik sahaja
  • Rawatan dengan pemberian ubatan jika BP ?  160/100
Kumpulan Sokongan
  • Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
  • NASAM
  • Yayasan Jantung Negara
RUJUKAN:- http://www.myhealth.gov.my/tekanan-darah-tinggi-hipertensi/
MELALUI KEADAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANNYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT TEKANAN DARAH TINGGI/HIPERTENSI, ANTARANYA ADALAH : Liv.3, Bahui 20, St.36
RUJUKAN : CLINICAL ACUPUNCTURE &MOXIBUSTION ‘’THE CLASSICAL CHINESE MEDICINE’’
MELALUI KEADAH PERUBATAN HOMEOPATHY ANTARA REMDY YANG DIBERIKAN ADALAH :
AURUM MET. ,ACONITE., ALLIUM SATIVA.
#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong


SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DAN SALAM MAULIDUR RASUL

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pas...