Monday, 22 April 2024

ASCITES(Perut Buncit) dirawat melalui akupuntur & homeopathy

 

Perut Buncit

Soalan 1
Apakah punca perut buncit dan apakah senaman yang sesuai untuk mengempis perut buncit?
Jawapan 1
Terdapat banyak punca abdomen membesar atau perut buncit, iaitu :
  1. Pengumpulan lemak di bahagian perut.
  2. Masalah dalam abdomen seperti fibroid.
  3. Pengumpulan air dalam rongga abdomen (ascitis) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit.
  4. Hamil
Sekiranya hasil pemeriksaan mengesahkan punca perut buncit adalah pengumpulan lemak. Senaman berikut boleh membantu mengatasi masalah ini, iaitu:
  1. Baring telentang dengan tangan di atas peha. Angkat bahu seolah hendak bangun ataupun seolah hendak bawa tangan anda ke lutut. TIDAK perlu bangun habis, separuh sahaja, asalkan boleh nampak kaki anda. Lakukan 20 ulangan dan boleh ditambah sekiranya mampu.
  2. Baring dengan kedua-dua lutut bengkok ke atas dan tapak kaki di atas lantai. Siku pada paras bahu (seolah tangan di belakang kepala), Bawa lutut kanan dan siku kiri menemui satu sama lain secara serentak. Lakukan yang sama dengan siku kanan dan lutut kiri. Jumlah ulangan boleh ditentukan mengikut kemampuan sendiri. Namun disyorkan kalau boleh dalam 10 ulangan setiap kali. Lakukan dua atau tiga kali. Lakukan senaman ini setiap hari.
  3. Menambah bakteria baik ke dalam usus. Penambahan bakteria baik dalam usus dapat dilakukan dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi bakteria baik seperti susu masam dan yogurt.
Soalan 2
Saya berumur 26 tahun. Saya pernah mengalami masalah buasir dengan tempoh pembuangan air besar secara purata adalah 1 atau 2 kali seminggu. Saya tidak mengalami kesukaran atau sakit ketika membuang air besar. Namun demikian, saya trauma dan menjadikan saya takut untuk meneran. Saya hanya ke tandas jika benar-benar terasa ingin membuang air besar. Selain itu, saya juga mengalami masalah angin dan perut buncit. Tidak ada perubahan berlaku walaupun saya mengambil makanan fiber seperti oat, roti gandum dan sayur hijau.
Jawapan 2
Anda mengalami sembelit kerana hanya membuang air besar 1atau 2 kali seminggu dan penyebabnya adalah anda takut meneran semasa membuang air besar kerana trauma apabila mendapat buasir sebelum ini.
Sembelit menyebabkan makanan berada lama dalam sistem usus anda dan mengalami proses fermentasi atau penapaian. Proses ini menyebabkan pengeluaran gas yang mengakibatkan anda berasa perut anda penuh. Makanan yang tinggi serat jika berada lama dalam sistem usus juga akan menyebabkan pengeluaran gas yang banyak.
Oleh itu, anda boleh mengurangkan masalah ini dengan melatih diri untuk membuang air besar dengan lebih kerap dan elakkan makan makanan yang tinggi penghasilan gas ketika dihadam seperti kobis, brokoli, epal dan bijirin tinggi serat. Kunyah makanan secara perlahan dan elak minum menggunakan straw kerana boleh meyebabkan angin masuk dalam perut.
Soalan 3
Adakah normal jika saya yang baru sahaja berumur 17 tahun mempunyai perut buncit? Tetapi, mengikut pengiraan BMI yang saya buat di laman web kesihatan menunjukkan berat badan saya normal. Apakah pandangan doktor mengenai permasalahan saya ini. Mohon doktor berikan panduan untuk saya menangani masalah ini.
Jawapan 3
Masalah perut buncit di kalangan remaja atau sesiapa juga bukanlah sesuatu yang normal. Bagi kanak-kanak ia mungkin disebabkan oleh jangkitan cacing atau kekurangan protein.Di kalangan remaja dan dewasa, ini menandakan terdapat simpanan lemak di bahagian sekeliling perut. Ia juga menandakan otot perut yang lemah kerana kurang senaman.
BMI hanya menilai kesesuaian berat badan dengan ketinggian.Ia tidak mengukur lemak di dalam tubuh badan. Buatlah ukuran lilitan pinggang atau lebih baik lagi ukuran peratus lemak badan.
Soalan 4
Saya hendak tahu bagaimana untuk mengurangkan berat badan dan perut buncit. Sebagai pengetahuan Doktor, saya ada penyakit.
Jawapan 4
Pertama sekali, saudari ada penyakit dan saudari perlu mendapat rawatan untuk penyakit yang dialami. Lakukan senaman yang tidak memudaratkan kesihatan saudari. Berikut adalah kaedah untuk mengurangkan berat badan dan mengempiskan perut buncit bagi mereka yang normal:
a. Amalan Pemakanan Sihat untuk menurunkan berat badan
Mencapai berat badan ideal adalah matlamat semua individu kerana ia penting untuk kesihatan dan juga dari aspek kecantikan. Kaedah yang betul untuk mengurangkan berat badan adalah dengan melakukan pengurangan berat badan secara perlahan dan bukannya secara drastik. Pengurangan berat badan sebanyak 5 – 10% dalam tempoh 6 bulan adalah matlamat yang realistik untuk dicapai. Apa yang paling penting ialah motivasi diri untuk meneruskan usaha mengurangkan berat badan sehingga berat badan ideal tercapai.Dalam tempoh 6 bulan, kebiasaannya individu boleh menurunkan 10% berat badan. Contohnya jika berat badan anda ialah 100kg, anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 10kg iaitu sebanyak 1.5kg sebulan.Namun begitu, anda harus memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dan anda juga tidak digalakkan untuk meninggalkan waktu makan (skip meal). Disamping menjaga makan, bersenam dan melakukan aktiviti fizikal juga boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan.Pelan diet yang paling mudah diikuti untuk menurunkan berat badan dengan selamat adalah dengan :
  1. Mengamalkan pemakanan seimbang dengan mengurangkan makanan yang bergoreng, berminyak dan bersantan serta kurangkan pengambilan kalori secara amnya.
  2. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan kerana kandungan fiber yang tinggi akan menyebabkan perut berasa penuh dan anda lambat berasa lapar, seterusnya mengurangkan pengambilan makanan.
  3. Pilih atau sediakan makanan dengan cara mengukus, merebus, memanggang dan jika perlu menggoreng dengan menggunakan sedikit minyak sahaja.
  4. Kurangkan pengambilan minuman manis, gantikan dengan air kosong dan minum secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari).
  5. Meningkatkan kecergasan anda dan hidup lebih aktif pada setiap hari.
  1. Senaman untuk menurunkan berat badan
    1. Bagi mencapai matlamat pengurangan berat badan, lakukan senaman sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit setiap hari.
    2. Cara untuk membantu mengurangkan berat badan dengan cepat, disyorkan anda melakukan  senaman jenis sederhana aktif contohnya aerobik,  berjalan (brisk walking), jogging, berbasikal atau bermain badminton secara beregu.

Soalan 5
Bapa saya mengalami perut buncit dan kadang-kadang pedih ulu hati. Dia telah membuat rawatan di hospital dan Doktor memberitahu bahawa hati bapa saya sudah rosak. Selepas membuat rawatan susulan, Doktor memberitahu bahawa hati dia dijangkiti kuman. Ini berlaku semasa dia diserang penyakit kuning. Doktor memaklumkan hati bapa saya mengecut dan menyebabkan air yg sepatutnya masuk ke dalam hati turun ke perut. Adakah bapa saya masih boleh dirawat dan bahayakah penyakit tersebut?
Jawapan 5
Kemungkingan bapa saudari mengalami ascites atau komplikasi jangkitan hati (hepatitis). Ascites ialah pengumpulan cecair berlebihan di dalam ruang antara tisu-tisu yang melapisi perut dan organ-organ abdomen (kaviti peritoneal). Ascites atau busung adalah tanda, bukanlah penyakit. Punca-punca ascites ialah penyakit hati seperti alcoholic liver diseasecirrhosis, kanser hati, hepatitis dan penyakit lain seperti kegagalan jantung dan kegagalan buah pinggang.
Pelan rawatan diberi adalah mengikut punca ascites dan keadaan pesakit. Walaubagaimanapun, gejala ascites boleh dikurangkan dengan  pemgambilan ubat-ubatan seperti ubat diuretik untuk mengeluarkan air melalui air kencing,. Mengurangkan pengambilan garam dalam diet harian dan Doktor juga mungkin akan melakukan prosedur mengeluarkan cecair dari peritoneal kaviti dengan menggunakan jarum saliran keluar (drainage).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut masalah bapa saudari, sila berbincang dengan doktor yang merawat beliau.
Soalan 6
Saya seorang ibu berusia 40 tahun, saya telah melakukan pembedahan cesarean 4 tahun lalu. Masalah saya ialah perut saya kelihatan seperti mengandung (buncit). Perkara yang sama juga dialami oleh kawan-kawan saya yang pernah melakukan pembedahan cesarean. Adakah ia  kesan daripada pembedahan tersebut atau masalah lain? Apakah cara/langkah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.
Jawapan 6
Pembedahan cesarean bukanlah punca kepada masalah perut buncit. Cara yang betul untuk mengatasi masalah perut buncit selepas bersalin adalah dengan memastikan berat badan anda unggul atau dalam lingkungan yang sepatutnya. Seterusnya mengurangkan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi.Lakukan senaman untuk menegangkan otot abdomen (perut).
Soalan 7
Perut saya cepat senak dan kelihatan buncit seperti perempuan mengandung dua atau tiga bulan. Saya cuba merawat dengan menyapu losyen pati halia dan memakai korset. Namun demikian, ia tidak mendatangkan apa-apa perubahan. Adakah kemungkinan perut saya ada ketumbuhan?
Jawapan 7
Anda disarankan mendapat khidmat nasihat daripada Doktor dan membuat pemeriksaan dengan mana-mana doktor yang bertauliah di klinik khasnya berkaitan dengan masalah senak perut dan perut buncit.
Soalan 8
Saya mengalami masalah berat badan yang berlebihan serta mengalami perut buncit. Berat badan saya ialah 76kg dan tinggi saya 170cm. Apakah aktiviti harian yang sesuai kepada saya? Saya telah melakukan senaman di gym sekali seminggu dan banyak berjalan tetapi tidak berjaya.Adakah senaman yang saya lakukan itu betul? Saya berharap tuan/puan dapat membantu saya kerana umur saya sudah 26 tahun dan saya mendapat tahu yang tahap metabolisme akan menjadi rendah apabila umur menjangkau 25 tahun ke atas.
Jawapan 8
Langkah penting untuk menguruskan badan adalah dengan mengawal pengambilan kalori berdasarkan pengambilan diet seimbang mengikut keperluan harian individu. Di samping meningkatkan penggunaan kalori oleh tubuh badan melalui senaman.
Langkah positif yang perlu anda ambil adalah dengan banyak berjalan dan melakukan senaman di gymnisium. Dengan berjalan, anda telah melakukan aktiviti aerobik.  Sekiranya anda pergi ke gymnasium dan menggunakan peralatan untuk angkat berat sebagai contohnya, anda telah melakukan aktiviti penegangan otot (muscle toning).
Walaubagaimanapun, aktiviti senaman yang anda lakukan mungkin masih belum cukup dari segi kekerapan dan intensiti. Lakukan senaman sekurang-kurangnya selang sehari selama sekurang-kurangnya 30 minit tidak termasuk waktu ‘warm up’ dan ‘cool down’. Cuba dapatkan denyutan nadi dalam lingkungan 125 ke 190 denyutan seminit dan cuba kekalkan denyutan ini selama 20 hingga 30 minit. Adalah digalakkan anda berbincang dengan doktor anda kerana keperluan diet dan jenis senaman yang sesuai adalah bergantung kepada individu.
Soalan 9
Anak lelaki saya baru sahaja berumur genap 11 bulan. Anak saya tidak banyak kerenah dan ragam tetapi terlalu aktif. Masalahnya:
  1. Kenapa badannya kurus (sehingga menampakkan tulang rusuk) sedangkan selera makannya bertambah dan tidak pernah putus susu.
  1. Kenapa perut anak saya kelihatan buncit? Buncitnya kelihatan lebih ketara selepas meminum susu. Adakah ia normal bagi seorang bayi di usia begini?
Jawapan 9
Mengenai berat badan anak yang tidak bertambah dan badannya yang kurus, saya syorkan supaya puan membawa dia berjumpa dengan Doktor untuk diperiksa dan untuk memastikan kesihatan dia adalah baik. Apabila anak sudah berumur lebih dari 6 bulan, dia tidak boleh bergantung kepada susu sahaja dan ini merupakan sebab utama berat badan mereka tidak naik. Selain dari memeriksa kesihatan anak, doktor juga dapat memastikan yang dia mempunyai pembesaran dan perkembangan normal. Puan boleh memantau pembesaran anak puan dengan berpandukan growth chart di dalam kad rawatan bayi.
Berkaitan dengan perut buncit, ia adalah perkara biasa pada peringkat umur awal kanak-kanak. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik mendapat pemeriksaan Doktor dan memastikan ia bukan disebabkan oleh sakit-sakit tertentu.
Soalan 10
Saya berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Masalah saya adalah perut saya buncit dan saya berasa malu kerana perut saya kelihatan seperti mengandung. Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor?
Jawapan 10
Adalah sukar untuk membuat kesimpulan tanpa melihat riyawat kesihatan dan pemeriksaan fizikal terhadap anda. Perut membuncit ada banyak sebab seperti ascites (air), tumor, obesiti dan lain-lain lagi. Nasihat kami, anda perlu berjumpa Doktor untuk menyiasat masalah yang anda alami.Dapatkan nasihat dan rawatan dengan segera.

Rujukan:- http://www.myhealth.gov.my/perut-buncit/

MELALUI KAEDAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT ASCITES(PERUT BUNCIT), ANTARANYA ADALAH :
DU 20, LI 4,ST.36,ST.21.,Sp.9
Rujukan : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:
APIS MEL, APOCYNUM CAN, ARS.ARB.
Rujukan: Select your remedy.

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong



No comments:

Post a Comment

PROMOSI RAWATAN AKUPUNTUR PADA 25/11/2024 ( ISNIN )

  PROMOSI RAWATAN AKUPUNTUR PADA 25/11 / 2024 HARI ISNIN JOM DAPATKAN SEGERA RAWATAN AKUPUNTUR DENGAN SEPARUH HARGA !!!! 1 SESI RAWATAN AKUP...