Bisul
Bisul merupakan satu jangkitan kulit yang biasa
terjadi kepada kanak-kanak.
Apa itu Bisul?
Bisul
merupakan nanah yang terkumpul dalam satu rongga yang sangat menyakitkan. Ia
biasanya mengeras dan terdapat di sekeliling pinggang,belakang bahagian leher,
pangkal peha, atas kaki, punggung dan di bawah ketiak.Kelompok bisul dipanggil
pekung (carbuncles)tetapi perubahan pada kulit seperti ini tidak biasa berlaku
kepada kanak-kanak.
Apa penyebab Bisul?
Bisul
disebabkan oleh bakteria pada rambut folikal dan sekeliling kulit yang mana
pada mulanya muncul sebagai jerawat. Bakteria yang paling biasa membentuk bisul
dipanggil Staphylococcus aureus.
Siapakah yang berisiko mendapat Bisul?
Mereka
yang lebih berisiko mendapat bisul ialah :
·
Mereka
yang kurang menjaga kebersihan diri.
·
Kawasan
penempatan yang sesak seperti di intitusi dan rumah kebajikan.
·
Atopy
(alahan).
·
Ahli
keluarga yang mengalami jangkitan kulit berulang.
·
Sistem
imuniti badan yang lemah.
·
Kurang
zat makanan.
·
Pesakit
diabetes.
Apakah tanda-tanda dan gejala Bisul?
Gejala
untuk bisul ini hampir menyamai penyakit kulit yang lain seperti:
·
Nanah di
bahagian tengah bisul.
·
Keputihan,
lelehan mengandungi darah daripada bisul tersebut.
·
Kemerahan
di sekeliling kulit yang dijangkiti.
·
Biasanya
di ikuti rasa teramat sakit apabila disentuh.
Bagaimanakah mendiagnosa Bisul?
Biasanya
penyakit bisul di diagnosa oleh doktor melalui pengamatannya.
Bagaimanakah merawat Bisul?
Rawatan
khusus untuk bisul ini akan ditentukan oleh doktor berdasarkan umur kanak-kanak
tersebut, Keseluruhan kesihatannya dan bersesuaian dengan penyakit yang lain
sekiranya ada. Ia juga bergantung kepada toleransi kanak-kanak terhadap ubatan
khusus yang diberikan.
Rawatan
termasuk :
·
Anti-biotik
yang bersesuaian (semasa).
·
Melakukan
demahan suam untuk menggalakkan aliran nanah.
·
Pemberian
ubat antibiotik secara oral atau suntikan berdasarkan keseriusannya.
·
Melakukan
pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah.
Memberi
pendidikan kesihatan amat penting dalam merawat sebarang penyakit kulit yang
bahaya.
Bagaimanakah Bisul dapat dicegah?
·
Menjaga
kebersihan diri dengan baik.
·
Pastikan
kulit sentiasa bersih.
·
Basuh
tangan sebelum menyentuh muka.
·
Jangan
berkongsi tuala mandi atau pakaian.
Elakkan
dari menekan bisul terutamanya yang ada di sekeliling mulut atau hidung kerana
ianya bahaya boleh menyebabkan jangkitan kepada bahagian kulit lain atau aliran
darah.
Prognosis (Harapan untuk Sembuh)
Harapan untuk sembuh bagi bisul adalah baik.
MELALUI KAEDAH RAWATAN AKUPUNTUR BEBERAPA TITIK YANG BIASANYA DIBERIKAN UNTUK MERAWAT BISUL, ANTARANYA ADALAH :
LI4,LI11
Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:
KALI BROM, THUJA, ARS LOD.
Rujukan: Select your remedy.
No comments:
Post a Comment