Friday 5 April 2024

Katarak dirawat melalui akupuntur dan homeopathy

KATARAK 

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.

Tanda & gejala
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit katarak termasuk :

  • Kabur penglihatan tanpa rasa sakit
  • Silau (lampu kereta, cahaya lampu atau cahaya matahari kelihatan sangat terang).
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata.
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata.
  • Rabun ayam (malam)
  • Warna kelihatan pudar
Komplikasi
Seperti yang telah dinyatakan di atas, katarak yang belum matang hanya perlu dibedah sekiranya ia mengganggu aktiviti harian. Walaubagaimanapun, katarak yang sudah matang perlu dibedah secepat mungkin sebelum terjadinya komplikasi-komplikasi seperti glaukoma atau radang mata yang berlaku akibat katarak yang terlalu matang Keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan kekal (tidak boleh dipulihkan).

Rawatan
Sekiranya sedikit sahaja penglihatan terjejas, pembedahan tidak perlu dilakukan. Dengan hanya menukar preskripsi cermin mata dapat membantu pesakit melihat dengan lebih baik untuk sementara waktu. Sesungguhnya, tiada ubat-ubatan, ubat titis mata, senaman atau cermin mata yang boleh mengubati katarak. Hanya pembedahan sahaja yang boleh merawat katarak.
Semasa pembedahan katarak, kanta mata yang berselaput dikeluarkan dari mata . Dalam kebanyakan kes, kanta yang asli ini akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL) yang kekal

Pencegahan
Kebanyakan katarak terjadi disebabkan faktor umur. Walaubagaimanapun, katarak juga boleh disebabkan oleh:

  1. Faktor kongenital,
  2. Penyakit seperti diabetes,
  3. Faktor persekitaran seperti kecederaan mata,
  4. Pengambilan ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid) atau
  5. Kekurangan zat makanan.
Sehingga kini, tiada lagi kaedah yang diketahui untuk mencegah dari berlakunya katarak. Walaubagaimana pun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.

LANGKAH-LANGKAH yang mungkin dapat menghindar atau melewatkan kejadian katarak.
  • Pemakanan yang seimbang
  • Senaman yang berkala (boleh menurunkan tahap gula dalam darah)
  • Diabetes yang terkawal
  • BERHATI-HATI dan amati isi kandungan, jika menggunakan ubatan tradisional yang mungkin mengandungi STEROID.
  • Lindungi mata anda dengan penggunaan kacamata hitam yang mempunyai perlindung UV.
  • Lindungi mata anda dengan alat pelindung mata bila melakukan aktiviti bahaya (memaku, membawa bahan kimia dan lain-lain)
Pemakanan yang seimbang terutamanya, bahan anti oksida mungkin berupaya mencegah katarak. Disamping itu, perlindungan daripada cahaya ultra ungu dengan menggunakan cermin mata gelap yang disalut lapisan anti ultraungu mungkin boleh membantu.

RUJUKAN:- http://www.myhealth.gov.my/dewasakatarak/

Melalui kaedah rawatan akupuntur beberapa titik
yang biasanya diberikan untuk merawat sakit cataract/katarak
antaranya adalah:-
St 1.,St.2.,SI 18
ruj : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberi adalah:-
Causticum,Calcerea fluor & sulphur,phosphorus,sulphur
Ruj : select you remedies

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong


No comments:

Post a Comment

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA DAN SALAM MAULIDUR RASUL

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pas...