Saturday 13 April 2024

ALERGI DAPAT DIRAWAT MELALUI KAEDAH AKUPUNTUR & HOMEOPATHY

Apa itu alergi atau alahan?
Alahan boleh dicetuskan oleh pelbagai jenis alergen. 
Antara alergen yang lazim ialah:

  • Hama habuk
  • Debunga
  • Racun serangga
  • Bulu atau kulit haiwan peliharaan
  • Makanan seperti susu, kekacang, makanan laut, gluten dan telur
  • Kulat
  • Getah

Walau bagaimanapun,ada juga orang yang mengalami reaksi 
alahan terhadap bahan yang spesifik seperti daging merah, 
sinaran matahari, air mani dan juga cecair pencuci pinggan-mangkuk.
Sebab itulah, mereka yang mempunyai alahan perlu 
membaca label pada pembungkus sebelum menggunakannya.
Kadangkala, ada individu yang mengalami alahan terhadap 
ubat-ubatan tertentu. Oleh sebab itu, penting untuk anda 
memberitahu doktor jika mempunyai alahan terhadap sebarang 
ubat-ubatan sebelum menerima apa-apa rawatan.
Bagaimana reaksi alahan berlaku?
Secara amnya, reaksi alahan bermula pada kawasan kulit atau 
sistem gastrousus pesakit. 
Selalunya, reaksi alahan akan berlaku secara serta-merta 
sejurus selepas pesakit tersentuh atau terhidu sebarang alergen. 
Namun,ada juga yang mula menunjukkan simptom 
selepas beberapa hari.Tetapi, bagaimanakah ia berlaku? 
Untuk pengetahuan anda, alahan boleh terjadi jika:
  1. Anda terhidu alergen tersebut.
  2. Anda terima sebarang suntikan.
  3. Anda tersentuh alergen tersebut.
Simptom lazim reaksi alahan

Reaksi alahan selalunya akan berlaku dalam masa beberapa

minit selepas sentuhan. Antara simptom lazim alahan adalah:

  1. Bersin.
  2. Hidung berair atau tersumbat.
  3. Mata yang gatal-gatal, merah atau berair.
  4. Selalu batuk-batuk.
  5. Ruam yang merah dan gatal.
  6. Simptom asma atau ekzema yang semakin teruk.
Kebanyakan simptom alahan bersifat sederhana.
Walau bagaimanapun,ada beberapa jenis alahan yang 
boleh mencetuskan tindak balas alergi yang serius.
Tindak balas ini turut dikenali dengan nama anafilaksis.
Anafilaksis merupakan satu kecemasan yang boleh membawa maut.
Mereka yang mengalami anafilaksis selalunya akan 
mengalami simptom seperti:
  1. Pengsan.
  2. Tekanan darah menurun.
  3. Sesak nafas.
  4. Naik ruam pada kulit.
  5. Rasa hendak pitam.
  6. Denyutan nadi yang lemah.
  7. Loya dan muntah-muntah.
Rujukan:- https://hellodoktor.com/keadaan-alergi-autoimun/apa-itu-alergi/

Melalui kaedah perubatan homeopathy antara remedy yang diberikan adalah:
Tuberculinum.sulph, Thyroidin, Psorinum
Rujukan: Select your remedy

#homeopati #akupuntur #bekam #homeopathy #acupuncture #alhijamah #natural #safe #nosideeffect #alami #selamat #islam #melayu #perempuan #pasirputeh #kelantan #saring #bukittanah #kulim #alorhijau #permatangrambai #sungaikelong #kglepah #kgnara #alorgeliong #batuhitam #merkang #padangpakamat #sriaman #jerampasu #seligi #tamanpasirpermai #gaal #semerak #padangsiam #bukitabal #selising #kgkelubi #wakafbunut #tualangtinggi #guntong


No comments:

Post a Comment

PROMOSI RAWATAN AKUPUNTUR PADA 29/10/2024 (SELASA)

  PROMOSI RAWATAN AKUPUNTUR PADA 29/10 / 2024 HARI SELASA JOM DAPATKAN SEGERA RAWATAN AKUPUNTUR DENGAN SEPARUH HARGA !!!! 1 SESI RAWATAN AKU...