Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi. Paras hemoglobin yang normal bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.
Apakah Anemia?
Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi. Paras hemoglobin yang normal bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.
Tanda-tanda dan gejala
Ramai
orang dewasa tidak menyedari bahawa mereka menghidapi anemia. Tanda-tanda
anemia termasuk :
·
Rasa
letih sepanjang masa.
·
Pening.
·
Sesak
nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
·
Kulit
pucat.
·
Kadar
denyutan jantung yang pantas.
·
Kurang
daya ingatan.
·
Hilang
berat badan.
Komplikasi
Anemia
yang teruk boleh menyebabkan :
·
Kegagalan
jantung di mana fungsi jantung menjadi sangat lemah dan tidak mencukupi.
·
Mengalami
masalah semasa mengandung seperti kelahiran pramatang dan kerencatan
pertumbuhan janin di dalam kandungan.
Rawatan
Pemeriksaan
paras hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran untuk menentukan sama
ada anda mengalami anemia atau tidak. Rawatan bergantung kepada punca anemia
yang dihadapi :
·
Jika ia
disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus
perlu dilakukan.
·
Jika ia
disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan
seimbang yang kaya dengan zat besi dan juga pil suplemen zat besi. Sila lihat
Jadual 1 dan jadual 2 untuk kandungan zat besi dalam makanan.
Tip lain
bagi rawatan kekurangan zat besi :
·
Adalah
disyorkan agar pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan vitamin C untuk
meningkatkan penyerapan zat besi.
·
Penyebab
utama seperti infestasi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.
MAKANAN |
SAIZ HIDANGAN |
ZAT BESI (MG) |
Hati, Ayam |
105g |
12.8 |
Paha ayam |
125g |
1.0 |
Daging lembu
tanpa lemak |
268g |
5.9 |
Hati, Lembu |
124g |
11.1 |
Tuna |
90g |
1.1 |
Kerang |
86g (10 biji
kerang) |
2.0 |
Paru |
92g |
7.7 |
Bijiran yang
diperkaya dengan 100% zat besi (coco crunches, cornflakes) |
¾ cawan |
18 |
Oatmeal |
1 cawan |
10 |
Tauhu |
1/2 cawan |
3.4 |
Kacang tanah |
1 cawan |
6.6 |
Bayam |
½ cawan |
3.2 |
Kismis |
½ cawan |
1.5 |
Roti |
1 keping |
0.9 |
Nasi |
1 cawan |
0.3 |
Rujukan: Malaysian Dietary Guidelines 2005
Jadual 2 : Sumber
zat besi
Makanan |
Zat besi (mg/100g) |
Kacang kuda |
6.9 |
Pucuk paku |
4.8 |
Peria |
6.1 |
Kangkung |
5.2 |
Telur |
2.4 |
Ikan bilis
(dengan kepala dan perut) |
5.3 |
Rujukan : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005.
Pencegahan
- Makan makanan seimbang setiap hari. Sila rujuk Piramid Makanan
· Ambil makanan yang mengandungi zat besi tinggi.
RUJUKAN:- http://www.myhealth.gov.my/anaema-bagi-dewasa/
LI4.,LI 11.,Sp.6
Rujukan : Clinical Acupuncture & Moxibustion “The Classical Chinese Medicine”
FERRUM ACETATE, ARSENIC ALB., NUX VOM
Rujukan: Select your remedy.
No comments:
Post a Comment